Cash is king, UMNO bukan seperti dulu, serangan terbaru Dr Mahathir seakan ulangi skrip PRU-14

Dari Penulis

CASH is King menyebabkan UMNO yang pernah diterajuinya selama 22 tahun kini hancur, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Seakan mengulangi skrip ‘serangannya’ sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Dr Mahathir berkata, berikutan itu, UMNO perlu ditolak sepenuhnya oleh orang Melayu.

“Pemenjaraan Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membersihkan UMNO. Budaya UMNO bukan budaya parti di waktu ia ditubuh. Ini bukan parti UMNO lagi.

“Sebab itu UMNO perlu dikalahkan dan diganti dengan parti Melayu yang memegang kuat kepada prinsip perjuangan orang Melayu untuk bangsa, negara dan agama,” kata beliau menerusi Facebooknya hari ini.

Baca: ‘Nak lawan UMNO, kalau kita bukan parti Melayu orang tak sokong’ – Tun M

GTA hantar permohonan rasmi pada RoS, guna logo obor

Untuk rekod, Dr Mahathir selepas keluar UMNO pada 2016 terlibat menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bersatu yang menjadi sebahagian komponen Pakatan Harapan (PH) bersama DAP, PKR dan Amanah berjaya menewaskan BN pada PRU-14.

Bagaimanapun, selepas pergolakan politik dalaman 22 bulan PH menerajui Putrajaya, Ahli Parlimen Langkawi itu mengasaskan pula sebuah parti yang juga berteraskan Melayu iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Pejuang baru-baru ini mengumumkan sebuah blok parti Melayu dikenali Gerakan Tanah Air (GTA) sebagai persiapan menuju PRU-15.

Menurut Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang, semua perlakuan Najib berkait salah laku beliau sebelum ini diterima, disokong dan dipertahan oleh UMNO.

Katanya, pendirian dan sikap UMNO menunjuk seluruh parti itu tidak lagi berpegang kepada prinsip perjuangan untuk bangsa, negara dan agama.

“Saya, bekas Presiden UMNO dan ahli UMNO di waktu ia ditubuh pada 1946, menyeru supaya parti yang bernama UMNO sekarang ini ditolak sepenuhnya.

“Saya sedih. Tetapi yang benar saya perlu terima. Parti saya dahulu sudah hancur kerana kepercayaan bahawa “Cash is King”,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This