Prinsip perjuangan sama, MUDA berhasrat sertai PH

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) secara terbuka menyuarakan hasrat untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) sebagai salah satu parti komponen gabungan tersebut.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perbincangan awal secara tidak rasmi mengenai hasrat tersebut telah pun bermula bersama kepemimpinan PH.

Menurut beliau, rundingan ke arah itu telah dimulakan sejak tamat Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu.

Justeru, Ahli Parlimen Muar itu berharap satu perbincangan secara rasmi dapat dilakukan bersama kepimpinan PH secepat mungkin.

“Dalam beberapa minggu dan bulan lalu, kita telah pun mengadakan pelbagai siri perbincangan tidak rasmi bersama sahabat-sahabat dalam blok pembangkang khususnya PH.

“Minggu lalu, saya berkesempatan berjumpa Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim), dua tiga minggu sebelumnya bersama Rafizi Ramli (Timbalan Presiden PKR) dan sudah beberapa kali dengan Mohamad Sabu (Presiden Amanah) serta Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP).

“Saya rasa ia adalah perbincangan sangat baik, jujur dan ikhlas. Saya telah maklumkan hasil perbincangan tak rasmi itu kepada pimpinan tertinggi MUDA dan kami mencapai ketetapan ke arah itu (penyertaan dalam PH),” katanya dalam sidang media hari ini.

Baca artikel berkaitan: BN, PN bersaing sengit, PH tertinggal dalam undian ‘Menuju PRU-15’ UtusanTV

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, parti itu juga telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Parti Warisan tetapi buat masa ini mengutamakan untuk menyertai PH.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan isu mengenai pembahagian kerusi antara MUDA dengan PH masih belum dibincangkan.

Jelasnya, perbincangan tidak rasmi sebelum ini juga tidak hanya menjurus kepada kerjasama semata-mata tetapi penyertaan MUDA dalam PH.

“Kita ingin menggerakan rundingan itu ke peringkat lebih tinggi dan baik sebab itu saya kembali semula ke kepimpinan MUDA untuk bincangkan perkara ini dan kini kita telah ada ketetapan.

“Ketetapannya bukan sahaja untuk mengekalkan perbincangan awal sahaja tetapi untuk menyertai PH dengan mengadakan rundingan rasmi secepat mungkin,” jelas beliau.

Semalam, Anwar yang juga Pengerusi PH memaklumkan gabungan itu belum membuat sebarang perbincangan untuk memberikan laluan kepada MUDA menjadi sebahagian daripada parti komponen PH.

Beliau berkata, PH tidak pernah menyentuh mengenai isu tersebut setakat ini sekali pun MUDA dilihat kerap menyertai setiap program dianjurkan gabungan tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This