uruskan jenazah orang soleh
Sekadar gambar hiasan

Sultan Murad IV merupakan Sultan Empayar Turki Uthmaniyyah dari tahun 1623 hingga 1640. Sultan sering berjalan sendirian di tengah-tengah orang ramai secara sulit melihat keadaan hidup rakyat. Suatu malam, dia berasa gelisah dan menggesa kepada ketua keselamatan untuk keluar.

Ketika melalui di tempat yang sibuk dengan orang ramai, tiba-tiba mereka terlihat seorang lelaki terbaring di atas tanah dan mendapati bahawa lelaki tersebut sudah mati.

Tiada siapa yang kisah dengan keadaan lelaki yang terbaring di atas tanah itu. Lalu, sultan bertanya

“Mengapa lelaki ini mati terbaring di atas tanah tanpa ada sesiapa yang mempedulikannya? Di mana keluarganya?”

Mereka menjawab “Dia seorang kaki botol dan penzina.”

Sultan berkata “Tidakkah dia umat Nabi Muhammad s.a.w.? Sekarang bantuku membawa jenazahnya pulang ke rumah.”

Orang ramai membantu sultan membawa jenazah lelaki itu ke rumah. Apabila sampai di rumah tersebut, kesemua mereka terus pulang, hanya sultan dan pembantunya sahaja yang tinggal.

Apabila isteri lelaki itu melihat jenazah suaminya, dia mula menangis. Lalu berkata isteri itu kepada mayatnya,

“Tuhan merahmati kamu, wahai sahabat Allah! Aku bersaksi bahawa kamu adalah orang yang soleh.”

Sultan bingung. “Bagaimana dia dikatakan orang yang soleh sedangkan ramai yang berkata buruk mengenainya sehinggakan tiada siapa mempedulikan jenazahnya?” tanya sultan.

Wanita menjawab “Suamiku  akan pergi ke warung itu untuk membeli seberapa banyak arak yang boleh. Kemudian dia membawa pulang dan menuangkan arak tersebut ke longkang.”

Kemudian dia akan berkata “Aku menyelamatkan sedikit orang Islam hari ini.”

“Kemudian dia akan pergi ke tempat pelacuran, memberikan mereka wang dan memberitahu mereka untuk menutup pintu sehingga waktu pagi.”

Dia kemudian pulang ke rumah dan berkata, “Hari ini aku menyelamatkan wanita muda dan remaja yang beriman daripada maksiat,” cerita wanita itu.

Ramai orang melihat dia membeli arak dan pergi ke tempat pelacuran sehinggakan orang bercakap buruk mengenainya. Satu hari aku bertanya kepadanya,

“Apabila kamu mati nanti, tidak akan ada orang yang akan mandi, solat dan kebumikan jenazahmu.”

Lelaki itu hanya ketawa dan menjawab “Jangan takut, sultan dan orang-orang yang soleh akan datang menguruskan jenazahku.”

Jangan menilai orang berdasarkan luaran tanpa mengenali siapa dia sebenarnya.

Sultan mula menangis lalu berkata “Demi Allah! Apa yang dikatakannya adalah benar. Akulah Sultan Murad. Esok kita akan uruskan jenazahnya.”

Dan kebetulan para ulama, orang-orang soleh dan orang ramai turut hadir menguruskan jenazahnya.

Kita menilai seseorang berdasarkan apa yang kita lihat dan apa yang kita dengar daripada orang lain. Sedangkan, kita tidak melihat apa yang tersembunyi di hati mereka dan rahsia di antara mereka dan Tuhan mereka.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain.

Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Hujurat: 12)

_____________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare