SEORANG remaja lelaki mati lemas ketika mandi di air terjun Puncak Janing, Kuala Nerang, hari ini.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 12.38 tengah hari.
Beliau berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Bomba tiba di lokasi dan melaporkan kawasan terbabit mengalami masalah liputan GIRN dan telefon.
“Komander operasi memakumakan mangsa, Mohd Apnan Mohd Rais, 17, ditemui pada pukul 1.12 petang selepas bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, mayat mangsa disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” ujarnya.

