Remaja maut motosikal langgar pokok

Dari Penulis

SEORANG remaja maut selepas motosikal yang ditunggang melanggar sebatang pokok di Kilometer 11, Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, ketika kejadian, remaja lelaki berbangsa India, berusia 19 tahun itu sedang menunggang motosikal bersama seorang wanita berusia 18 tahun dari Apartment Kenanga ke Sungai Choh.

Beliau berkata, mangsa telah hilang kawalan lalu melangar pokok di bahu jalan.

“Akibat daripada kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat di bawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pembonceng mengalami kecederaaan parah dan dibawa ke Hospital Selayang bagi rawatan lanjut.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987”.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi tindakan lanjut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This