Bas hilang kawalan rempuh 10 kenderaan di KLK, tiada yang cedera

Dari Penulis

SEBUAH bas yang hilang kawalan menyebabkan 10 kenderaan rosak selepas dirempuh dalam kemalangan di Kilometer 32.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Arriffin Mohamad Nasir berkata, kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Katanya, kejadian berlaku ketika bas yang dipandu lelaki berusia 53, dari arah Bentong menghala ke Gombak.

“Polis menerima aduan mengenai kejadian kira-kira pada pukul 12.33 tengah hari.

“Kejadian dilapor berlaku pada pukul 10.40 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, hasil siasatan awal kemalangan berlaku ketika kesemua kenderaan sedang bergerak perlahan menghala ke ibu kota.

“Sebuah bas dari arah yang sama telah hilang kawalan lalu terus melanggar belakang sebuah kenderaan sebelum mengakibatkan sembilan lagi kenderaan turut mengalami kerosakan,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan : Bas terbakar, 44 pelajar Kolej Matrikulasi Kedah selamat

Jelasnya, kemalangan hanya melibatkan kerosakan kenderaan sahaja.

Mengulas lanjut, punca kemalangan masih dalam siasatan.

Kes kini disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This