SEORANG wanita maut akibat tersepit selepas kereta yang dipandu terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori sawit di Felda Selendang, Kuala Rompin, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pahang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 9.43 pagi.

Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rompin bersama jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati kemalangan melibatkan seorang wanita dan lelaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Cucu, datuk dan nenek maut kereta bertembung lori pasir

Mengulas lanjut, mangsa Nur Natrah Daharuddin, 26, yang merupakan pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

“Pihak bomba mengeluarkan mangsa dari kereta sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut”.

Katanya, mangsa lelaki yang mengalami cedera dihantar ke hospita Rompin bagi rawatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram