PARTI Bangsa Malaysia (PBM) bakal menerima kehadiran tiga ahli Parlimen dan dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu didedahkan sendiri Bakal Presiden PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin, semalam.
Sehubungan itu, Zuraida memaklumkan, kelima-lima wakil rakyat tersebut akan dipertaruhkan mewakili PBM dalam PRU-15.
Menurut Zuraida, parti tersebut akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen dan tujuh kerusi DUN.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Ampang itu enggan mendedahkan siapa tiga ahli Parlimen dan dua ADUN yang akan menyertai parti tersebut.
“Insya-ALLAH, saya sudah katakan PBM akan bertanding tujuh kerusi Parlimen dan tujuh kerusi DUN. Kesemua kerusi itu adalah melibatkan calon incumbent.
“Ketika ini PBM ada empat ahli Parlimen iaitu Ampang (Zuraida), Tebrau (Steven Choong Shiau Yoon), Julau (Larry Sng Wei Shien) dan Silam (Datuk Mohamaddin Ketapi). Ini bermakna ada tiga lagi (ahli Parlimen) baharu akan sertai PBM.
Baca artikel berkaitan: Sertai PBM kerana perjuangan MA63 – Mohammadin Ketapi
“Begitu juga dengan ADUN, buat masa ini PBM ada lima ADUN iaitu tiga dari Perak dan dua dari Selangor. Jadi akan ada dua lagi ADUN bakal sertai PBM,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Zuraida memberitahu, PBM kini memiliki lebih 40,000 ahli dari 177 bahagian yang telah didaftarkan setakat ini.
“Sudah tiba masanya rakyat Malaysia ini dikenali dengan identiti bangsa Malaysia dan bukan lagi mengikut latar belakang kaum mereka, dan ini adalah keunikan parti ini yang diterajui oleh masyarakat berbilang kaum,” katanya.
Beliau berkata, PBM juga mempunyai kepimpinan daripada golongan tua dan muda sekali gus menjadi faktor yang menguatkan parti tersebut.
“Walaupun masih baharu tetapi lebih kuat daripada beberapa parti politik lain sedia ada,” jelasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

