Sertai PBM kerana perjuangan MA63 – Mohammadin Ketapi

Dari Penulis

AHLI Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammadin Ketapi juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama hari ini mengumumkan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Mohammadin yang sebelum ini keluar Parti Warisan (Warisan) dan Bersatu berkata beliau menyertai PBM setelah menilai perlembagaan parti yang menjadi teras penubuhan iaitu memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Dalam situasi politik tanah air yang tidak pernah berlaku sebelum ini, saya berpendapat bahawa penyatuan kuasa-kuasa rakyat dari kedua-dua wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak adalah penyelesaian untuk masalah kestabilan politik,” katanya dalam sidang media di Kota Kinabalu hari ini.

Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Presiden PBM Larry Sng yang juga Ahli Parlimen Julau dan Presiden Penaja Parti Kuasa Rakyat Kamarazaman Yaakob.

Baca: PBM tidak lemah, sesuai wakili BN – Zakaria

Mohammadin berkata PBM yang diasaskan di Sarawak jelas menampilkan barisan pemimpin yang mempunyai rekod khidmat baik kepada rakyat dan tidak terlibat dengan mana-mana skandal penyalahgunaan kuasa.

Pada 29 Okt 2021, Mohammadin mengumumkan keluar Warisan untuk menjadi Ahli Parlimen dan ADUN Bebas, sebelum menyertai Bersatu pada 26 Nov 2021 namun bertindak keluar parti itu pada 28 Jun lepas.

Sementara itu, Kamarazaman mengumumkan Parti Kuasa Rakyat akan menjalankan kerjasama strategik dengan PBM selain sebulat suara bersama-sama menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau kerajaan hari ini,” katanya.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gelaran ‘Tan Sri’ kepada Isa Samad ditarik balik

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan penarikan balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran 'Tan...

More Articles Like This