Zakaria Abdul Hamid yakin kekuatan PBM mampu memberi nilai tambah kepada BN. GAMBAR: Facebook Zakaria Ahmad

KETUA Penerangan Parti Bangsa Malaysia (PBM), Zakaria Abdul Hamid menegaskan parti itu tidak lemah dan mempunyai kekuatan yang tersendiri.

Malah, beliau berkata, PBM layak untuk mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Jelas beliau, hal itu kerana keunikan PBM sebagai satu daripada parti yang mempunyai keahlian daripada pelbagai bangsa.

“Kita bukan parti yang lemah kerana PBM mempunyai 200,000 ahli di 162 bahagian di seluruh negara.

“PBM parti pelbagai bangsa, amat sesuai mewakili BN di kawasan yang pengundinya berbilang kaum. Tiada parti khusus pelbagai kaum dalam BN,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today.

Baca artikel berkaitan: Kalau menang selesa, UMNO tubuh kerajaan solo tanpa minta sedekah kepada sesiapa – Tok Mat

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, PBM telah melakukan persediaan rapi untuk menghadapi PRU-15.

Jelas beliau, PBM akan fokus untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi parti sebelum ini.

Selain itu, PBM juga bersedia untuk bertanding di kawasan yang bersesuaian dengan kekuatan akar umbi.

“PBM membudayakan khidmat membantu rakyat yang boleh dijalankan bukan dengan menjadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) semata-mata tetapi atas apa sahaja kapasiti dan peringkat masyarakat dengan sokongan kerajaan memerintah,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, pemohonan PBM untuk menyertai BN masih belum diputuskan.

Jelas Mohamad, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Isnin nanti.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram