Sebuah lori yang mengalami masalah brek telah merempuh tiga kenderaan dalam kejadian kemalangan di Lebuhraya Persekutuan. GAMBAR: Polis

SEBUAH lori yang mengalami masalah brek telah merempuh tiga buah kereta dalam satu kemalangan di Lebuhraya Persekutuan, 1.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, semua mangsa yang terlibat dilaporkan selamat.

@utusantvofficial

#SELANGOR Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, semua mangsa yang terlibat dilaporkan selamat. 📽️ mazrinks. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Beliau berkata, brek lori dipercayai gagal berfungsi lalu menyebabkan lori hilang kawalan.

“Susulan kejadian terbabit, pemandu lori telah melanggar tiga buah kereta di lorong kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Bas hilang kawalan rempuh 10 kenderaan di KLK, tiada yang cedera

Jelasnya, siasatan kini dijalankan dibawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram