Sedapnya kuih bingka labu berkeju ini. Sesuai dijadikan sajian sarapan atau minum petang keluarga. Jom lihat bahan dan cara menyediakan kuih ini.

BAHAN A
5 biji telur
170 gm gula ising-ayak

BAHAN B
1sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam

BAHAN C
240 gm tepung gandum -ayak
160 gm labu kuning- parut

BAHAN D
200 gm mentega- cairkan

BAHAN E
Parutan keju cedar

CARA
1.Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
2.Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Kalau nakkan bingka yang tinggi, guna saiz 8 inci. Gris dan alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
3.Dalam mangkuk pengadun, pukul bahan A hingga kembang.
4.Masukkan bahan B, pukul sebati.
5.Kemudian, masukkan bahan C, pukul lagi. Masukkan pula bahan D sedikit demi sedikit dan pukul sebati.
6.Tuang adunan ke dalam loyang yang disediakan. Bakar selama 30 minit atau hingga kek masak. Lebih kecil loyang yang digunakan lebih lama masa yang diperlukan untuk masak.
7.Apabila kek sudah masak, taburkan bahan E di atasnya.

Resipi dan foto: Evelyn Gemina dari Blog My Baking Workshop

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Sedapnya ayam goreng 65 ni. Makan ratah macam tu pun layan. #chicken65 #ayamgoreng #ayamgorengcrispy #ayam65 #fyp #majalahsaji #resipisaji #resipimudah ♬ Every Second – Mina Okabe

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram