Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi tomyam thalay yang menyelerakan ini. Resipinya mudah dan semestinya sedap. Jom ikuti langkah demi langkah menyediakan juadah yang lazat ini.

BAHAN-BAHAN:
100 gm udang putih
100 gm sotong
100 gm kupang
3 helai daun limau purut
3 cm lengkuas
2 batang serai
2 biji tomato
10 gm cendawan
3 ulas bawang merah
5 gm pasli
10 tangkai cili padi
3 biji limau nipis
20 gm pes tom yam
2 cawan stok ayam
4 sudu besar susu
20 gm sos ikan Thai
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Masukkan stok ayam, pes tom yam, serai, lengkuas, sayur-sayuran, makanan laut, jus limau, cili padi dan sos ikan dalam periuk dan tunggu hingga mendidih.
2.Kemudian tambahkan susu, bawang merah, garam secukup rasa dan pasli.
3.Gaul rata dan biarkan sehingga mendidih sebelum ditutup api. Hidangkan.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Port nasi lemak sedap berhampiran Bangi, Kajang dan Putrajaya. #nasilemakmaklong #nasilemakmaklongsungaimerab #makanlokal #myfoodie #malaysianfoodie #fyp #foryou ♬ i wanna i wanna ridee – quentin🕷

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram