Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi sup tulang yang menyelerakan ini. Bolehlah cuba masak untuk keluarga. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN
1kg tulang lembu – ambil bahagian rusuk/kaki (boleh dicampur daging)
8 biji bawang kecil – hiris halus
4 ulas bawang putih – hiris halus
2cm halia
1 sup bunjut
2 tangkai daun sup – hiris
3 liter air
150gm bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa

CARA
1.Panaskan air dan rebus tulang bersama sup bunjut. Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
2.Rebus sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3.Sebelum dihidangkan, tabur hirisan daun sup dan bawang goreng.

Resipi : Datuk Cef Ismail, Restoran Rebung.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Sedapnya tauhu telur sos tiram ni. Resipi yang mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba! #resipi #resipimudah #resipitiktok #resipisimple #fyp #foryou #tiktokmalaysia #myfoodie #makanlokal #malaysianfoodie #majalahsaji #saji #utusantv ♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram