Penyanyi Aman Shah meninggal dunia akibat serangan jantung

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Aman Shah,68, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 2.15 petang hari ini akibat serangan jantung.

Terdahulu, Aman yang popular menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti itu telah dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) sejak seminggu lalu.

Jenazah kini berada di IJN untuk urusan bedah siasat dan akan dibawa terus ke Masjid Alam Damai, Cheras untuk disolatkan serta dikebumikan di tanah Perkuburan Alam Damai.

Anak kelahiran Johor Bahru itu menceburi bidang seni semenjak 1979 dan ketika itu arwah mula terkenal dengan seleksi lagu berkonsepkan pop.

Selain menyanyi, Allahyarham juga pernah membintangi beberapa filem dan drama seperti Darah Satria, Azura, Aku Bukan Gila, Jelatang, Gerak Khas, dan Mr Boss Miss Stalker


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This