Resipi pais ikan tenggiri ini sangat mudah disediakan. Tidak menggunakan banyak bahan, resipi ini sangat sedap dan membuka selera. Jom cuba!

BAHAN TUMBUK
1/2 cawan kelapa parut
1 batang serai
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 ulas bawang merah
2 batang cili merah
1/2 kg ikan tenggiri | hiris isi, buang tulang
Garam dan gula

CARA MENYEDIAKAN
1.Mula-mula tumbuk cili, bawang, dan serai hingga lumat.
2.Kemudian tumbuk kelapa dan keluarkan dari lesung batu.
3.Tambahkan perisa dan serbuk kunyit. Gaul rata. Ikan yang sudah dibersihkan dilumurkan sedikit garam.
4.Ambil daun pisang letakkan dua keping isi ikan dan letakkan sedikit bahan tumbuk.
5.Lapiskan lagi dengan dua keping isi ikan dan lapiskan pula sedikit lagi bahan tumbuk.
6.Bungkus dan bakar selama 30 minit di atas kuali, bara api atau ketuhar.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Penggemar masakan Negeri Sembilan wajib singgah restoran ini. Memang padu! #hayyanhuda #makanlokal #myfoodie #malaysianfoodie #fyp #foryou ♬ Это любовь – Амирчик

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram