SEORANG warga emas maut selepas diseret sebuah lori sejauh 200 meter dalam satu kemalangan di Kilometer 433 Lebuhraya PLUS , 7 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Subang sebelum terbabas sendiri di lorong kiri.
Beliau berkata, mangsa berusia 66 tahun itu kemudian dilanggar dan diseret oleh sebuah lori yang datang dari arah sama.
“Lori terbabit kemudian terbakar dan pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Penunggang maut dirempuh Alza dekat NKVE
Jelasnya, warga emas terbabit disahkan maut di lokasi dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.
Sehubungan itu, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Suffian berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

