Baharu minggu kedua ditayangkan, Awesome Raja Lawak sudah catat 3 juta tontonan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Awesome Raja Lawak yang mula bersiaran pada 7 September di Awesome TV telah mencatatkan tiga juta tontonan sekaligus membuktikan program realiti yang melahirkan pelawak itu masih relevan.

Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, sebagai program yang baharu ia adalah satu permulaan yang baik buat pihaknya.

“Ini adalah permulaan yang cukup baik untuk jenama baharu Raja Lawak yang bersiaran di Awesome TV selepas sembilan tahun tidak ditayangkan.

“Kolaborasi di antara Awesome TV dan Homegrown Productions ini ternyata membuahkan hasil dan kami menjangkakan akan ada lebih banyak kerjasama dengan rumah produksi ini pada masa akan datang,” katanya kepada URTV.

Ezzan Zalilah Zulfadzli

Semalam telah berlangsungnya minggu kedua yang bertemakan sketsa Viral atau Trending yang mana peserta perlu mengangkat isu-isu terkini serta yang pernah tular dalam persembahan mereka.

“Berbanding dengan minggu lalu, persembahan malam tadi dapat dilihat ada dalam kalangan peserta yang gementar ketika menyampaikan sketsa masing-masing.

“Mungkin juga kerana untuk minggu ini mereka mendapat tugasan yang spesifik dengan tema Viral atau Trending berbanding minggu lalu dengan tema Bebas yang mana mereka dilihat berjaya menyampaikan persembahan dengan lebih bersedia dan rata-ratanya tenang,” jelasnya.

Tambah Ezzan, kumpulan Sesah hampir tersingkir kerana mendapat markha terendah dengan jumlah keseluruhan sebanyak 42 peratus jauh berbeza dengan kumpulan Sedare yang menjuarai persembahan minggu kedua dengan 74 peratus.

Kumpulan Sesah terselamat daripada penyingkiran

“Keputusan ini ternyata mengejutkan semua khususnya peminat kumpulan Sesah,

“Namun begitu, barisan juri tetap iaitu Khir Rahman, Saiful Apek dan Ayda Jebat bersama pihak produksi sebulat suara membuat keputusan untuk memberi peluang kedua kepada Sesah apabila mengumumkan tiada penyingkiran untuk minggu kedua.

“Kejutan semalam membuktikan bahawa sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam pertandingan Awesome Raja Lawak. Anda mungkin juara pada minggu ini, namun begitu pada masa yang sama, anda juga boleh menjadi peserta tercorot pada minggu seterusnya.

“Ini yang berlaku pada malam tadi. Justeru, saya menyeru semua peserta untuk lebih bersedia dengan persembahan mereka di minggu ketiga kelak,” tegasnya.

Untuk minggu ketiga, satu tema yang cukup popular dan dinanti-nantikan penonton iaitu Muzikal telah dipilih.

Awesome Raja Lawak akan disiarkan selama 10 minggu secara langsung dari Stduio De Showroom, Bandar Sri Damansara.

Untuk info, pada minggu pertama, peserta solo iaitu Zunny diumumkan peserta tersingkir.

Sementara itu, juga peserta solo iaitu Azhar diangkat sebagai Man Of The Match bagi minggu pertama.

Azhar (tengah) diumumkan Man Of The Match untuk minggu pertama

Juara Awesome Raja Lawak akan membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000 berserta trofi sumbangan Awesome TV. Pemenang tempat kedua dan ketiga pula, masing-masing akan membawa pulang RM25,000 dan RM15,000 berserta trofi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This