PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2022 kepada seluruh Keluarga Malaysia.

Beliau menyatakan ucapan tersebut melalui Facebook rasminya hari ini.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2022, kepada seluruh Keluarga Malaysia di mana jua anda berada.

Tanggal keramat 16 September wajar dijadikan titik tolak untuk menyemarakkan lagi perpaduan berteraskan nilai Keluarga Malaysia; keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

“Semoga Keluarga Malaysia terus menjunjung semangat integrasi nasional, kesetiaan kepada raja dan negara, dan semoga Malaysia terus dipelihara dalam keamanan dan kemakmuran.

“Selamat Hari Malaysia Keluarga Malaysia – Teguh Bersama!”, katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram