Tahniah! Mas Idayu kini milik Sufian Isa

Dari Penulis

DENGAN hanya sekali lafaz, penyanyi dangdut, Mas Idayu,50, sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Muhamad Sufian Isa,51 yang juga Penerbit Eksekutif TV3, pada pukul 10.40 pagi di Magica Events Hall, Kuala Lumpur.

Pasangan pengantin dinikahkan oleh Imam dan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid dan diwalikan bapa Mas Idayu iaitu Mesnun Hassan.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin bernilai RM1,001 dengan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.

Majlis resepsi bagi meraikan mempelai akan diadakan di lokasi sama pada sebelah malam ini.

Untuk info, Mas Idayu mula mengenali Sufian ketika terlibat dalam program Mentor 3 pada 2008.

Namun, hanya pada tahun ini, pasangan itu mula menjalinkan hubungan serius.

Sebelum ini Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun bercerai pada 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This