Waris pelajar YBR terima pampasan takaful RM12,564

Dari Penulis

WARIS Allahyarham Muhammad Najmi Abd Rahim, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang merupakan penerima tajaan Yayasan Bank Rakyat (YBR) sejak tahun 2017, yang telah meninggal dunia pada Mac 2020, menerima pampasan sebanyak RM12,564.

Pampasan itu merupakan tuntutan takaful yang telah diterima bagi perlindungan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) berjumlah RM12,500 bagi sepanjang pengajian di peringkat diploma.

Lebihan pampasan yang diterima telah diserahkan hari ini kepada ibu Allahyarham, Siti Norzah Mat Daris, 53 tahun, yang merupakan guru di Sekolah Menengah Teknik, Johor Bahru memandangkan waris yang selayaknya menerima baki pampasan tersebut adalah bapa kepada Allahyarham yang telah meninggal dunia sekitar Januari 2020 iaitu dua bulan sebelum arwah pergi.

Beliau yang juga menanggung 3 orang anak yang masih bersekolah berkata, bantuan yang diterima sedikit sebanyak melegakan bebanan keluarga akibat kehilangan anak tersayang beberapa bulan yang lalu.

“Arwah sering mengadu sakit perut sebelum doktor mengesahkan arwah menghidapi penyakit Ischaemic Bowel. Arwah merupakan harapan kami sekeluarga tetapi kami redha Allah lebih menyayanginya,” katanya semasa pihak pengurusan YBR membuat kunjungan bagi menyerahkan bantuan kepada waris.

BERITA BERKAITAN YBR dinobat Yayasan Terbaik Tahunan

Sementara itu, Pengurus Jabatan Penajaan YBR, Khairul Na’im Arifin berkata, Allahyarham merupakan antara 6,408 pelajar yang berjaya menerima tajaan PPBU YBR. Pampasan itu merupakan insurans berkelompok penerima tajaan PPBU YBR yang disediakan bagi setiap pelajar,” katanya ketika menyampaikan lebihan pampasan itu di kediaman arwah di Taman Impian Emas, Skudai, Johor.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Allahyarham yang merupakan pelajar tahun dua, Diploma Sains Komputer meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah semasa menerima rawatan sakit perut yang di alaminya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This