SELEPAS gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda tenggara Taiwan pada Ahad, Presiden Tsai Ing Wen berkata beliau telah meletakkan Pusat Operasi Kecemasan Pusat pada tahap berjaga-jaga tertinggi berikutan gegaran susulan yang dijangka berlaku.
Tsai menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap bahaya aktiviti seismik yang berterusan, sambil menambah beliau sentiasa menerima laporan daripada agensi yang terlibat dengan tindak balas bencana Taiwan, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).
Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda tenggara negara itu pada 2.44 petang, menyebabkan kerosakan meluas pada infrastruktur, bangunan dan kenderaan di Hualien dan Taitung.
Baca artikel berkaitan: Dua maut ketika menduga kelajuan babitkan tujuh motosikal
Sebagai respons, kerajaan pusat menghantar anggota mencari dan menyelamat, kenderaan dan unit anjing dari kawasan lain ke timur Taiwan.
Menurut Pusat Tindak Balas Bencana Daerah Hualien, gempa bumi itu menyebabkan jambatan Gaoliao dan Luntien di kawasan itu runtuh dan Jambatan Yuli turut mengalami kerosakan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

