22 penumpang selamat, bas dinaiki hangus dijilat api

Dari Penulis

SEBANYAK 22 orang penumpang berjaya menyelamatkan diri selepas bas yang mereka naiki hangus terbakar di Kilometer 25.9, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata dalam kejadian pukul 9.45 malam itu, bas tersebut dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Terminal Bersepadu Selatan.

@utusantvofficial

#SELANGOR Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, bas tersebut dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Terminal Bersepadu Selatan. #fyp #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

“Sampai di tempat kejadian, tiba-tiba tayar kiri di sebelah belakang berasap sebelum pemandu memberhentikan bas dilorong kecemasan dan api mula merebak,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam ini.

Baca artikel berkaitan : Bas terbakar, 44 pelajar Kolej Matrikulasi Kedah selamat

Beliau berkata, kesemua penumpang, pemandu dan kelindan berjaya turun dengan selamat bersama barangan yang dibawa.

Jelasnya, kebakakaran berjaya dipadam oleh sepasukan 14 anggota bomba bersama empat buah jentera pada pukul 11.30 malam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian dan mendapati sebuah bas persiaran telah terbakar sebanyak 90 peratus.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 14 tahun maut dirempuh lori tangki selepas langgar Viva

SEORANG pelajar Tingkatan Dua maut dalam nahas ngeri selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah kereta sebelum tercampak ke laluan bertentangan...

More Articles Like This