MAJLIS Perundingan Melayu (MPM) menganggap kenyataan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bahawa kerajaan yang diperintah oleh kepemimpinan Melayu di negara ini gagal adalah berbau perkauman dan rasis.

Pengerusi Biro Politik dan Kepimpinan MPM, Shahbudin Embun berkata, kenyataan seumpama itu boleh membawa padah kepada keharmonian kaum di negara ini dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya di bawah Akta Hasutan.

Berikut ialah kenyataan akhbar penuh yang dikeluarkan MPM:

Protes kami MPM terhadap kenyataan Tommy Thomas berbau perkauman rasis dan boleh membawa padah pada keharmonian kaum di Negara

“SAYA merujuk pada kenyataan Tommy Thomas yang di muat dalam Portal Berita Free Malaysia today.

Kami MPM membantah atas hujahan dia bahawa Kerajaan Melayu failed dan ia membawa pada maksud bahawa Kerajaan pimpinan Melayu adalah tidak berguna atau useless.

Pada pandangan kami bahawa dia telah mencemar nama bangsa Melayu yang telah semenjak Merdeka lagi diterajui oleh Perdana Menteri dan ahli-ahli Kabinetnya juga majoritinya berbangsa Melayu .

Disebabkan kata-kata penghinaan tersebut berbau perkauman dan rasis, maka Tommy Thomas boleh disiasat oleh pihak PDRM di bawah Akta Hasutan kerana dia tidak prihatin akan sensitiviti pada keadaan negara kita yang berbilang bangsa dan agama (plural society).

Ini juga menunjukkan dengan jelas bahawa dia waima bekas Peguam Negara tidak dapat membezakan ucapan politik yang matang tetapi dia memilih untuk berhujah secara menyangah kesalahan undang-undang demi memainkan isu rasis dan perkauman .

Lantaran itu, kami dari MPM meminta Ketua Polis Negara dan kepimpinan tertinggi negara bertindak segera supaya perkara sebegini tidak lagi dimainkan sesuka hati oleh mereka kerana yang paling penting adalah keselamatan negara dan rakyat mengatasi polemik politik.

Kami ingin mengingatkan Tommy Thomas dan rakan-rakan sekutunya bahawa di negara ini, kami telah hidup aman dan sejahtera di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri di bawah kerajaan Keluarga Malaysia.

Kami dari MPM tidak akan membiarkan negara ini dikotak-katikkan oleh kumpulan-kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini dan bagi mereka yang tidak mahu mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan Negara Malaysia dan menjunjung tinggi martabat Raja-Raja Melayu, maka berwaspadalah tindak tanduk anda kalian!!!

Ini amaran keras kami pada kalian .

Sekian

Shahbudin Embun

Pengerusi Biro Politik dan Kepimpinan MPM

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram