KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah merampas 11 alat penjualan yang dianggarkan bernilai RM7,500 pada 15 September lalu.

Ketua Pengarah KPDNHEP, Azman Adam berkata, rampasan itu dilakukan menerusi serbuan ke atas dua premis berasingan yang terletak di dalam sebuah pusat membeli-belah di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menurut Azman, serbuan yang dilakukan pada jam 1.30 petang itu dilakukan seramai tujuh anggota penguat kuasa KPDNHEP Putrajaya.

Jelas beliau, ia adalah hasil daripada maklumat pemilik hak cipta serta risikan awal yag telah dilakukan KPDNHEP selama beberapa hari sebelum operasi.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas dua premis terbabit, KPDNHEP telah merampas sebanyak 11 unit alat teknologi penstriman berserta dokumen yang berkaitan yang disyaki mengandungi karya hak cipta yang dituntut haknya oleh pemilik hakcipta yang membuat aduan kepada Kementerian dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 7,500.00.

“Pasukan serbuan juga telah bertindak menahan dua individu lelaki warganegara tempatan berumur lingkungan 20-an yang mengaku sebagai pemilik dan pekerja di premis yang terbabit untuk siasatan lanjut.

“Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 43AA Akta Hak Cipta 1987 iaitu melakukan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya dengan menjual suatu teknologi penstriman,” katanya.

Baca lagi: KPDNHEP Terengganu rampas pakaian, beg tiruan

Mengulas lanjut, Azman berkata, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM 10 000.00 dan tidak melebihi RM 200,000.00 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Jelas beliau, KPDNHEP telah menambahbaik Akta Hak Cipta 1987 melalui pindaan kepada Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 yang telah berkuatkuasa mulai 18 Mac 2022 lalu.

Katanya, ia memberi penekanan dalam usaha pihak Kementerian untuk membanteras pelanggaran hak cipta secara dalam talian atau cetak rompak digital ini dengan lebih berkesan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram