Penunggang maut selepas terjatuh ke dalam lubang laluan bawah motosikal dekat Jalan Lapangan Terbang Subang, susur ke Saujana Resort. GAMBAR: Polis

SEORANG penunggang maut selepas terjatuh ke dalam lubang laluan bawah motosikal dekat Jalan Lapangan Terbang Subang, susur ke Saujana Resort, pukul 3.10 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 telah terbabas sebelum melanggar batu penghadang di tepi jalan.

Beliau berkata, akibat itu, mangsa berusia 22 tahun terjatuh ke dalam lubang di mana tempat laluan bawah motosikal yang tidak lagi digunakan.

Baca artikel berkaitan : Penghantar makanan maut dalam kemalangan 5 kenderaan

“Mangsa maut di lokasi kejadian dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R. Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram