KERAJAAN sedia ada mesti ditukar bagi menyelamatkan negara daripada terus jatuh ke satu paras kolam yang paling dalam.
Itu penegasan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap dalam Majlis Ulang Tahun Kelahiran Bersatu ke-6 hari ini.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, walaupun keadaan ekonomi negara menampakkan sedikit pertumbuhan tetapi ianya tidak mencukupi buat semua.
“Walaupun negara kita tidak hadapi ancaman peperangan, tetapi kita berhadapan peperangan lain iaitu menyelamatkan negara daripada jatuh ke satu paras kolam paling dalam.
“Tahun depan masalah lebih teruk. Walaupun sudah ada usaha dibuat, walaupun sudah ada tanda-tanda pertumbuhan tetapi itu tidak mencukupi.
“Sebab itu jawapan yang paling penting sekarang ialah bila mana pilihan raya sampai kita tukar kerajaan yang ada hari ini,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook beliau hari ini.
Baca lagi: Muhyiddin perlu tarik sokongan terhadap PM, jangan hanya menyalak – Asyraf
Mengulas lanjut, Muhyiddin turut mengingatkan ahli Bersatu bahawa mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam PRU-15.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional menambah, walaupun Bersatu bukan parti besar, namun mempunyai tekad besar selamatkan negara.
Tegasnya, dengan keadaan tidak semakin tidak baik, usaha perlu dilakukan bagi membolehkan menentukan sendiri hala tuju negara.
“Kita bina sebuah kerajaan Perikatan Nasional. Bukan sebab saya hendak jadi Perdana Menteri. Tidak kisah, sesiapa pun boleh menerajui negara dan menerajui kerajaan.
“Yang paling penting Perikatan Nasional kembali berkuasa supaya menguruskan negara ini dengan lebih teratur, lebih berkesan dan yang paling penting rakyat jelata mesti ada cukup makan atas meja mereka,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

