Sedapnya apam pisang kukus ni. Bagi yang tak tahu nak hidang juadah apa pada waktu petang, boleh cuba resipi yang mudah dan sedap ni. Pasti puas hati.

Bahan:
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas – saiz sederhana
3/4 cawan minyak masak
4 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 cawan gula pasir
Secubit garam

Cara:

  1. Ayak tepung gandum dengan serbuk penaik dan ketepikan.
  2. Pisang dilecek halus dan gaul dengan soda bikarbonat dan garam.
  3. Pukul telur bersama gula, masukkan minyak masak, pisang lecek dan gaul rata.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul lagi hingga sebati dan tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan minyak. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.

PESAN SAJI: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebiih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.

Foto dan Resipi: Hafizah Yahaya

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram