Buntu tak tahu nak masak apa? Apa kata cuba resipi sayur lemak bersama sotong dan isi ikan yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Resipi yang sangat sedap, mudah dan membuka selera.

BAHAN-BAHAN:
100 gm isi ikan selayang
atau kembung – rebus
100 gm sotong – potong bulat
2 batang kacang panjang
30 gm lobak merah
15 gm isi petai
150 ml santan pekat
1 sudu kecil lada hitam
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Gula dan garam

CARA MENYEDIAKAN:
1.Masukkan santan ke dalam periuk. Selepas tumbuk sedikit bawangmerah dan bawang putih, masukkan sekali ke dalam santan.
2.Kemudian masukkan lada hitam, isi ikan dan sotong. Biarkan seketika.
3.Selepas itu, masukkan kacang panjang, isi petai dan lobak merah.
4.Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5.Biarkan sayur masak dan kuah menjadi pekat. Sedia untuk dimakan.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram