Letih ditanya bila nak ada anak, Zulin Aziz akui baharu lepas keguguran

Dari Penulis

PENGACARA Zulin Aziz meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap segelintir pihak yang tidak sensitif bertanyakan bilakan dia akan dikurniakan cahaya mata.

Menerusi video di TikTok, Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz,33 yang mendirikan rumah tangga dengan Farhan Nozini pada 20 Februari lalu, mengaku baharu sahaja mengalami bulan lalu.

Zulin Aziz minta semua bersabar dan doakan agar dia segera dikurniakan rezeki anak

“Saya baru lepas gugur, orang tanya saya bila nak ada baby. Sabarlah…saya baru gugur bulan lepas,” luahnya.

Dalam pada itu, Zulin sempat menegur sikap sesetengah masyarakat yang tidak sepatutnya bertanya soalan sensitif terutamanya tentang isu anak.

Tambah Zulin lagi, setiap individu perlu memupuk sikap peka dalam diri agar memiliki rasa empati terhadap orang lain.

“Kalau nak tanya soalan walaupun kita tidak tahu, elak tanya soalan sensitif. Kau tak ada common sense kalau tanya soalan.

“Macam dulu, waktu single (bujang), orang tanya bila nak kahwin. Kalau aku kahwin dengan suami kau, baru tahu!,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Mama takut kecewakan kakak lagi…,” – Demi impian Tiara nak adik, isteri Achey cekal tempuh rawatan IVF

DI sebalik tawa dan jenaka yang sering menghiburkan jutaan peminat, pelawak popular Achey memendam hasrat dan tekad yang besar...

More Articles Like This