Mangsa tertimbus dalam kejadian runtuhan konkrit, tengah malam tadi. GAMBAR: Bomba KL

SEORANG pekerja pembinaan warga Bangladesh maut tertimbus runtuhan konkrit di sebuah menara di Jalan Ampang, tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kejadian daripada orang awam pada pukul 12.23 tengah malam.

Sepasukan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak serta Keramat 2 dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati berlaku runtuhan konkrit di tingkat 51 bangunan dalam pembinaan dan runtuhan melibatkan seorang mangsa yang tertimbus,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelas kenyataan itu, anggota bomba bertindak memotong dan memecahkan besi konkrit bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan.

Baca artikel berkaitan : Serpihan tulang mangsa kedua runtuhan kuari ditemukan petang tadi

“Mangsa berjaya dikeluarkan dari timbunan konkrit pada pukul 7.21 pagi dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian”.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram