Sedapnya kari udang ni. Kombinasi rasa aneka rempah dalam hidangan ini memang membuka selera. Jom cuba resipi yang mudah ini.

BAHAN-BAHAN:
1 cawan air asam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
3 sudu kecil halba campur
4 sudu besar gula Melaka
2 helai daun kari
10 tangkai cili kering- kisar
500 gm udang
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumiskan daun kari dan cili kisar hingga naik bau.
2.Kemudian masukkan bahan-bahan seperti serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan gula Melaka.
3.Kemudian masukkan air asam dan serbuk kunyit.
4.Kacau hingga naik bau dan masukkan udang dan garam secukup rasa.
5.Gaul rata dan biarkan mereneh seketika sebelum ditutup apinya dan dihidangkan.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Satu lagi port nasi kandar sedap di Jalan TAR #makanlokal #malaysiafoodie #myfoodie #nasikandarpenang ♬ Nasi Kandar – M.Shariff & Maidin Kedai Kopi

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram