Bapa ditahan polis disyaki tampar, tumbuk anak kembar

Dari Penulis

Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki mendera anak kembar lelakinya berusia 11 tahun dengan menampar serta menumbuk pada bahagian muka dan badan.

Ketua Polis Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pemandu lori yang berusia 44 tahun itu ditahan 7.30 malam semalam di sekitar kawasan rumahnya di Taman Sentosa, Klang oleh sepasukan polis dari cawangan kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati bapa kepada lima orang anak itu ialah seorang yang panas baran dan sering memukul pasangan kembar itu sebelum ini. 

Katanya terdapat kesan kecederaan lama ditemukan pada badan kedua-dua mangsa akibat dipukul oleh suspek. 

“Suspek juga mempunyai tiga rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan.

Cha berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi kesalahan penderaan dan suspek kini direman empat hari bermula hari ini.  

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This