Lelaki logo MUST buat laporan polis kena ugut di media sosial

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang pelanggan aplikasi penghantaran makanan yang mendakwa telah diugut oleh individu tidak dikenali sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 27 tahun itu pada pukul 11.10 pagi semalam.

Beliau berkata, pengadu mula menerima ugutan selepas tular sebuah klip video yang memaparkan wajahnya berselisih faham dengan seorang penghantar makanan pada hari Jumaat, 6.45 petang.

“Ekoran penularan video tersebut, pengadu telah menerima pelbagai mesej berbaur ugutan daripada individu tidak dikenali di aplikasi media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Mohamad Fakhruddin menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan insiden video terbabit.

Sebelum itu, Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) dalam kenyataan berkata, lelaki terbabit telah dikenakan tindakan disiplin atas perbuatan tidak bermoral tersebut.

“Pihak pengurusan universiti menzahirkan rasa kecewa dan kesal terhadap apa yang berlaku dan kami mohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dalam insiden menyinggung perasaan dan memalukan ini.

“Kami percaya tidak seharusnya mana-mana pihak mengeluarkan kata-kata kesat kepada sesiapa,” kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan tersebut, pihak MUST menafikan bahawa mempunyai kerjasama dengan syarikat penghantar makanan seperti yang didakwa individu terbabit.

Beberapa hari lalu, tular satu rakaman video memaparkan seorang lelaki bertengkar dengan penghantar makanan gara-gara pesanan lambat tiba.

Lelaki yang berbaju logo MUST itu turut membuat ugutan kepada penghantar makanan dengan mengatakan syarikat pekerjaannya mempunyai jalinan kerjasama dengan Grab.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PDRM buat persiapan awal hadapi PRN Johor

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan persiapan awal menjelang pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi. Perkara itu...

More Articles Like This