Pakai pelitup muka dalam kapal terbang tidak diwajibkan – KJ

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMAKAIAN pelitup muka ketika menaiki kapal terbang tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa serta merta.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataan hari ini.

Menurut Khairy, keputusan itu dibuat menggunakan pendekatan berasaskan risiko dan telah mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin GAMBAR: Abd Razak Aid

Beliau berkata, ia juga mengambil kira beban kes COVID-19 di Malaysia yang lebih terkawal ketika ini.

“Keputusan tersebut dibuat mengambil kira pengudaraan yang baik dalam kabin di samping penggunaan penapis high-efficiency particulate absorbing (HEPA) untuk mengeluarkan bahan cemar bawaan udara.

“Selain itu, susunan tempat duduk ke hadapan dan kekerapan penjadualan disinfeksi kapal terbang turut membuatkan keputusan ini dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan, kelonggaran itu juga adalah selaras dengan syor kesihatan daripada negara-negara seperti Kesatuan Eropah (EU); United Kingdom (UK); Amerika Syarikat (AS); Australia; New Zealand dan Singapura.

Baca artikel berkaitan: Pemakaian pelitup muka dalam kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan – Radzi

Jelas beliau, keperluan pemakaian pelitup muka di dalam kapal terbang bagaimanapun masih tertakluk kepada syarat yang ditetapkan negara yang dikunjungi.

Bagaimanapun, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) amat menggalakkan pemakaian pelitup muka terus diamalkan bagi tiga kumpulan individu.

“Ia melibatkan individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema serta individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung.

“Pada masa sama, KKM turut menggalakkan individu yang mengembara bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak untuk terus memakai pelitup muka,” jelas beliau.

Pada 7 September lalu, Khairy mengumumkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup atau dalam bangunan tidak lagi diwajibkan dan atas pilihan masing-masing.

Bagaimanapun, beliau berkata, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan bagi beberapa situasi termasuk kes positif COVID-19 yang perlu ke CAC untuk menjalani penilaian kesihatan.

Selain itu, orang ramai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah.

Pemakaian pelitup muka juga diwajibkan ketika berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis dan yang setara dengannya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This