PRESIDEN Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membuat pengumuman status sama ada kekal bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Muar atau sebaliknya, Rabu depan.
Ia susulan bekas Menteri Belia dan Sukan itu yang diarah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membela diri atas empat pertuduhan termasuk pecah amanah dana berjumlah RM1 juta.
Menurut Syed Saddiq, beliau tidak akan membazirkan peluang untuk membela diri bagi membersihkan namanya.
Penyandang kerusi Parlimen Muar itu berkata, beliau percaya dengan sistem undang-undang negara dan akan mengikut proses sedia ada.
“Berkenaan status saya, nantikan pengumuman pada hari Rabu depan tetapi sebagai salah seorang yang percaya kepada sistem rule of law, saya rasa penting untuk kita mengikut proses yang ada.
“Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya hormati institusi kehakiman dan telah pun menyarankan kepada penyokong MUDA untuk memberikan penghormatan tertinggi kepada institusi kehakiman.
“Berani kerana benar. Saya percaya saya tidak bersalah dan akan berjuang demi kebenaran serta keadilan. Institusi kehakiman telah memberikan peluang kepada saya untuk membela diri dan saya tidak akan membazirkan peluang tersebut untuk membela diri,” katanya dalam sidang media hari ini.
Baca artikel berkaitan: Mahkamah buktikan kes prima facie, Syed Saddiq diarah bela diri
Syed Saddiq telah diarah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membela diri atas empat pertuduhan termasuk pecah amanah dana berjumlah RM1 juta.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Syed Saddiq.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd ‘Afif Ali.
Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu pula diwakili peguam, Gobind Singh Deo dan Haijan Omar.
Pada 27 September lalu, pendakwaan menutup kes berkenaan selepas 30 saksi selesai memberi keterangan dalam perbicaraan bermula 21 Jun lalu.
Syed Saddiq, 29, berdepan empat tuduhan, iaitu didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada Bersatu, Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta dan melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

