Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi kacang buncis yang menyelerakan ini. Resipinya mudah dan semestinya sedap.

BAHAN-BAHAN
Kacang buncis
½ sudu kecil Lada putih
1 ketul Kiub ayam
Garam secukup rasa
2 sudu besar Tepung Ubi
1 biji telur-putih
1 biji Telur masin – (kukus ambil kuningnya dan hancurkan)
Setangkai Daun kari
4 tangkai Cili Api

CARA:
1.Bersihkan kacang buncis. Gaul dengan garam, lada putih, kiub ayam dan telur putih.
2.Gaul tepung ubi dengan kacang buncis hingga semua kacang buncis bersalut tepung.
3.Goreng buncis hingga garing. Tos dan ketepikan.
4.Panaskan minyak dan masukkan telur masin, daun kari dan cili. Kacau sekejap.
5.Masukkan kacang buncis yang digoreng tadi. Gaul sebati dan angkat.


*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram