Filem The Original Gangster, Yusof Haslam enggan ulas

Dari Penulis

PENERBIT Datuk Yusof Haslam enggan memberi komen mengenai filem The Original Gangster yang merupakan arahan anaknya, Syamsul Yusof tanpa membabitkan syarikatnya, Skop Production.

Jelas Yusof, dia menganggap isu berkenaan agak sensitif untuk diulas memandangkan ia membabitkan hal keluarga.

“Seboleh-bolehnya saya tidak mahu komen tentang perkara tersebut dan itu hak dia. Malah, saya tahu pembikinan filem itu pun selepas dengar-dengar daripada orang lain. Jadi, saya tak boleh nak komen apa-apa.

“Saya difahamkan yang dia tak jadi buat KL Gangster 3, kemudian ubah tajuk dan dia buat cerita ini lah. Apapun itu hak dia. Benda ni melibatkan anak-beranak dan sebagai bapa saya tetap doakan yang terbaik untuknya,” katanya memetik laporan KopiPlanet.

Sebelum ini, Syamsul ada memuat naik gambar poster filem The Original Gangster di Instgram miliknya yang merupakan terbitan syarikatnya, Syamsul Yusof Films Sdn. Bhd.

Yusof ditemui para media semasa pementasan teater Maduku Terpaling Kalut di PJPac, Petaling Jaya, Selangor semalam, yang turut dijayakan oleh menantunya yang juga isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah.

Menurut Yusof, kehadirannya itu adalah untuk menyokong Puteri Sarah yang terlibat dalam teater berkenaan.

“Sebenarnya saya gembira lihat Sarah kembali aktif berlakon. Lagipun saya sendiri galakkan dia untuk berlakon semula sebab saya tak nak dia asyik terperap di rumah.

“Kalau asyik terperap nanti dia lagi tertekan. Hal itu sebenarnya tidak baik untuk kesihatan dan masa depan. Bagi saya dia perlu keluar bekerja,” ujarnya.

Teater Maduku Terpaling Kalut merupakan sebuah teater yang berkonsepkan ‘farce comedy’ dengan sentuhan komedi yang diterbitkan oleh Mask Team dan diarahkan oleh Azhar Zainal.

Selain Puteri Sarah, teater ini Maduku Terpaling Kalut turut dijayakan oleh Azrel Ismail, Anna Jobling, Syafiq Naser, Aya Amirudin dan Curly Jow.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This