SEORANG lelaki warga tempatan berusia 52 tahun dipercayai membuang sampah ke dalam sebatang sungai di jambatan Sungai Wak Rabun, Batu 33, Pontian, ditahan polis, pukul 7 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan kejadian yang tular di laman sosial pada pukul 2 petang semalam.
Beliau berkata, aksi suspek membuang sampah dengan menaiki sebuah lori berwarna merah.
“Turut dirampas sebuah lori yang disyaki digunakan dalam kejadian dan telah dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, hasil saringan air kencing adalah negatif dan suspek diserahkan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam bagi tindakan lanjut.
Mohammad Shofee berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik juga telah memberi kompaun
dibawah Rule 52 LN 166/59 dan mengambil tindakan kerana memandu tanpa lesen kenderaan barangan (GDL).

