BUKU tulisan Tommy Thomas yang menjadi kontroversi.

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan siasatan lanjut kemungkinan terdapatnya salah laku dilakukan Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan-dakwaan yang ditulis dalam buku tulisannya bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness”.

Perdana Menteri berkata, siasatan segera itu boleh dijalankan oleh agensi penguat kuasa berkaitan terhadap bekas Peguam Negara tersebut di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Arahan dikeluarkan Ismai Sabri selepas menghadiri pembentangan laporan oleh Pasukan Petugas Khas Siasatan yang melakukan siasatan ke atas dakwaan-dakwaan dibuat Tommy dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini .

“Laporan tersebut telah disediakan oleh pasukan ini dalam tempoh sembilan bulan, bermula Disember 2021 sehingga Ogos 2022, dengan memperincikan setiap dakwaan-dakwaan yang disebut oleh Tommy dalam bukunya itu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

BERITA BERKAITAN Siasatan buku Tommy Thomas selesai, 19 isu penting dikenalpasti

Katanya, berdasarkan siasatan yang telah dibuat, pasukan ini telah mengkategorikan 19 isu-isu penting yang dikesan dalam buku tersebut kepada empat isu utama iaitu:
(i) Dakwaan ke atas Badan Kehakiman;
(ii) Pendedahan maklumat dan rahsia Kerajaan;
(iii) Tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian professional; dan
(iv) Kenyataan berbaur hasutan.

“Pasukan Petugas Khas seterusnya telah mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil,” tambahnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram