127 orang maut, rusuhan penyokong di Malang

Dari Penulis

SERAMAI 127 orang maut dalam rusuhan di Stadion Kanjuruhan, Malang di Jawa Timur Indonesia malam tadi.

Rusuhan berlaku selepas perlawanan ‘derbi’ Jawa Timur antara Arema FC dan Persebaya Surabaya.

Mangsa yang terbunuh terdiri daripada penyokong Arema FC dan dua anggota polis.

“Telah meninggal 127 orang, dua di antaranya anggota polis Indonesia,” kata Ketua Polis Daerah Malang, Nico Afinta kepada media seperti dilapor portal Detik.com hari ini.

Nico memberitahu, seramai 34 orang meninggal di stadium manakala selebihnya di hospital semasa mendapatkan rawatan.Kekecohan berlaku selepas penyokong Arema menyerbu padang selepas pasukan mereka kalah 2-3 kepada Persebaya.

Polis dalam reaksi mereka menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokong berkenaan.

Tembakan gas pemedih mata itu bagaimanapun membuatkan penyokong panik melarikan diri dan berlaku pijak memijak.

Sementara itu, sebanyak lapan kenderaan polis rosak dengan tiga daripadanya dibakar akibat amukan penyokong.

Kenderaan itu terdiri daripada kereta K9, trak Brimob dan kenderaan polis trafik.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gelaran ‘Tan Sri’ kepada Isa Samad ditarik balik

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan penarikan balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran 'Tan...

More Articles Like This