Sedapnya sambal sotong kering ni. Makan dengan nasi panas pasti bertambah. Jom cuba resipi yang mudah dan menyelerakan ini.

BAHAN
300gm sotong kering – direndam sehingga lembut
1 biji bawang besar – hiris
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR
10 tangkai cili kering – direndam sehingga lembut
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci belacan

CARA
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2.Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga sambal masak dan pecah minyak.
3.Masukkan sotong dan gaul rata.
4.Masukkan bawang besar dan sedikit air.
5.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga masak.


*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Port makan best di Bangi & Kajang #bangisquare2 #makanlokal #myfoodie #malaysianfoodie #fyp #foryou ♬ I Ain’t Worried (From “Top Gun Maverick”) – Sunset Anthemz

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram