Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. apa kata cuba resipi yee mi sayuran yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN:
1 bungkus yee mi
10 ml minyak masak
5 ulas bawang putih – di cincang
2 ulas bawang merah – di cincang
2 sudu besar sos tiram sayuran
2 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
250 ml air
2 sudu besar air tepung jagung
Sedikit bijan sangai

BAHAN SAYUR-SAYURAN:
100 gm lada benggala merah – di mayang halus
100 gm lada benggala hijau – di mayang halus
100 gm lada benggala kuning – di mayang halus
100 gm batang saderi – di mayang halus
100 gm lobak merah – di mayang halus
1 labu bawang besar – di mayang halus

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
2.Masukkan sayur-sayuran yang telah di mayang halus. Gaul sehingga sebati.
3.Masukkan sos tiram sayuran, kicap cair dan air. Gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
4.Akhir sekali, tuangkan kuah ke atas yee mi. Hiaskan dengan bijan sangai.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Port nasi kerabu sedap di Bangi #makanlokal #myfoodie #tiktokfoodie #malaysianfoodie ♬ Countless – Official Sound Studio

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram