Juadah talam cendol antara variasi talam yang sangat popular. Rasanya sedap dan enak dimakan pada bila-bila masa. Jom lihat bahan dan cara menyediakan talam cendol ini.

BAHAN LAPISAN BAWAH:
3/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan air
200 gm cendol
125 gm tepung beras
1 sudu besar tepung hong kwee
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam

LAPISAN ATAS:
1/2 cawan gula Melaka
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula pasir
2 cawan air
1 biji telur
1 cawan santan pekat
125 gm tepung beras
1 sudu besar tepung hong kwee
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:
1.Untuk membuat lapisan atas, masak gula dengan 1/2 cawan air dan sedikit garam.
2.Apabila mendidih, masukkan santan pekat. Biarkan mendidih sebentar. Ketepikan.
3.Tapis santan dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan 1 1/2 cawan air lagi.
4.Kemudian masukkan semua tepung, dikacau rata. Masukkan pula cendol. Jadikan adunan sebanyak 1 liter. Jika perlu, boleh ditambah air lagi.
5.Kukus selama 15 minit dengan api yang sederhana.
6.Untuk membuat lapisan bawah, masakkan semua gula dengan 1 cawan air dan sedikit garam.
7.Apabila mendidih, masukkan santan pekat. Biarkan mendidih sebentar. Angkat.
8.Tapis santan dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan 1 cawan air lagi. Masukkan semua tepung dan telur, dikacau rata. Jadikan adunan sebanyak 1 liter (perlu ditambah air lagi jika perlu).
9.Akhir sekali, tuangkan ke atas lapisan cendol tadi. Kukus selama 20 minit sehingga masak.


*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Wajib singgah kalau ke Muar #makanlokal #myfoodie #malaysianfoodie #fyp #murtabaksingapore #muar #portmakanmuar ♬ As It Was – Harry Styles

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram