Dasar 30 peratus kuota wanita masih gagal dilaksanakan – Shahrizat

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

HAMPIR 20 tahun arena politik dalam negara masih gagal melaksanakan dasar 30 peratus kuota wanita dalam pilihan raya umum (PRU) biarpun isu itu acap kali dibangkitkan.

Perkara itu menurut bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Jalil tidak sewajarnya berlaku kerana telah menyebabkan negara masih terbelakang dalam pencapaian wanita dalam bidang politik.

Shahrizat yang pernah menggalas tugas sebagai Menteri Pembanguna Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, bilangan perwakilan wanita sepatutnya sama banyak dengan bilangan perwakilan lelaki sama ada di Dewan Rakyat, Dewan Negara mahupun di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita tidak sepatutnya terhenti setakat 14 peratus ahli parlimen wanita sahaja.

“Sebagai seorang ahli politik, saya faham benar cabaran yang dihadapi kebanyakan ahli politik wanita bertanding di kawasan pilihan raya yang boleh dimenangi dan bukan di letak di kawasan yang amat mencabar atau pasti kalah hanya untuk memenuhi kuota, serangan peribadi semata-mata kerana gender kami, dan piawaian yang lebih tinggi daripada kebiasaanya.

“Saya yakin pemimpin-pemimpin lelaki yang tertinggi dalam negara terutama dalam UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) amat prihatin dalam isu ini kerana mereka tahu ramai wanita mempunyai bakat, iltizam dan potensi untuk memimpin serta berkhidmat untuk rakyat dan negara,” katanya dalam perkongsian di Instagram hari ini.

Baca lagi:Shahrizat ucap tahniah penubuhan COMWEL, tindakan yang dinanti

Mengulas lanjut, Shahrizat turut melihat situasi ketika ini adalah masa terbaik untuk merealisasikan penglibatan wanita yang lebih banyak dalam politik serta pentadbiran negara.

Jelas beliau, semua pihak perlu mensasarkan lebih banyak penglibatan wanita dalam arena politik ketika ini.

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. 

“Sudah tiba masanya untuk kita terus memperkasakan penglibatan dan partisipasi wanita dalam politik arus perdana negara,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This