Lori kapur terbalik, trafik sesak lebih dua jam dekat Bukit Beruntung

Dari Penulis

SEBUAH lori yang membawa muatan kapur mentah terbalik di Kilometer 422.2, Lebuhraya Utara-Selatan telah mengakibatkan kesesakan lebih dua jam dari Bukit Beruntung ke Bukit Tagar pada pukul 2.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kemalangan berlaku semasa pemandu kereta BMW dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh tidak dapat mengawal kenderaan lalu melanggar belakang sebuah lori.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, lori terbabit terbalik di lorong tengah lebuhraya dan menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya sejauh tiga kilometer.

“Kedua-dua kenderaan hanya mengalami kerosakan dan pemandu kereta berusia 37 tahun serta pemandu lori berusia 45 tahun tiada mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suffian berkata, siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Lebuhraya Bukit Aman dibawah Kaedah Rule 10 LN 166/59 iaitu gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This