Tangkap layar rakaman memaparkan seorang lelaki OKU ditahan orang awam.

SEORANG lelaki yang ditahan orang awam selepas bertindak membaling pisau di McDonald’s Taman Midah, Cheras, semalam disahkan orang kurang upaya (OKU) terencat akal.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 11.25 pagi dan sehingga kini beberapa orang saksi telah dirakam percakapan.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek berusia 32 tahun itu mempunyai kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Baca artikel berkaitan: Lori kapur terbalik, trafik sesak lebih dua jam dekat Bukit Beruntung

“Suspek juga menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur untuk sakit mental yang dihidapinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram