PTTI sumbang RM10,000 kepada UPM, buka peluang kolaborasi dengan IPT

Dari Penulis

PUSAT peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI menjadi antara penyumbang alumni pada Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang @ Homecoming ke-11, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diadakan di Dewan Besar Pusat Kesenian dan Kebudayaan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata, pada acara itu PTTI Group menyerahkan sumbangan RM10,000.

“Saya bangga apabila dapat terbabit sama sekali gus menjadi antara penyumbang alumni menerusi PTTI Group. PTTI menyumbang RM10,000 kepada UPM sekali gus membuka peluang untuk meningkatkan kolaborasi dengan institut pengajian tinggi (IPT).

“PTTI percaya kerjasama ini penting untuk menaik taraf tahap pendidikan negara ke arah mewujudkan ekosistem pembelajaran yang holistik dari peringkat menengah ke IPT.

“Dalam masa sama, PTTI komited untuk membuka peluang lebih besar untuk sebarang bentuk kerjasama dengan IPT yang mana ia antara langkah drastik untuk meningkatkan peratusan pelajar menyambung ke pengajian tinggi,” katanya.

Pada majlis itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Canselor UPM berkenan berangkat ke majlis itu diringi Naib Canselor Datuk Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman dan Presiden Persatuan Alumni UPM, Datuk Raihan Sharif.

Lebih teruja apabila Baginda turut melawat booth PTTI.

Dalam perkembangan lain, Cikgu Fana berkongsi PTTI turut melancarkan program khas Selekoh Akhir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diadakan pada Disember depan sebagai persediaan akhir menjelang SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Kami percaya ramai pelajar SPM tahun ini sedikit panik kerana terpaksa mengubah persekitaran belajar dengan mendadak dan ada banyak aktiviti sekolah yang perlu dilakukan sejak pembukaan semula sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Oleh itu, PTTI percaya dengan kebolehan kami untuk membantu pelajar memperbaiki keputusan SPM yang mendatang demi menjamin masa depan lebih baik,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Raih jualan lapan angka, OnTheGo sasar tembus pasaran global

BERPAKSIKAN gabungan visi jelas, strategi tepat dan keberanian berinovasi, OnTheGo F&B Industry Sdn. Bhd, berhasil melakar kejayaan luar biasa...

More Articles Like This