Kerajaan timbang kemungkinan wujud Majlis Penghukuman

Dari Penulis

KERAJAAN sedang menimbang kemungkinan mewujudkan Majlis Penghukuman, yakni sebuah badan khas yang disasar bagi memupuk ketelusan dan konsistensi yang lebih baik dalam menjatuhkan hukuman, sebagai salah satu cara mereformasi sistem keadilan jenayah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Majlis Penghukuman itu akan menjadi sebuah badan awam bebas, sama seperti Sentencing Council yang terdapat di United Kingdom.

“Ini bagi menggalakkan ketelusan lebih baik dan konsistensi dalam menjatuhkan hukuman, di samping mengekalkan kebebasan badan kehakiman,” katanya dalam ucapan semasa melancarkan buku Edisi Keempat Datuk Dr Baljit Singh Sidhu bertajuk “Criminal Litigation Process”, hari ini.

Beliau berkata satu lagi isu yang sedang dipertimbangkan adalah agenda reformasi penjara, dengan kerajaan sedang mengkaji untuk memastikan sebarang hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan konsep keadilan pemulihan.

“Ini bagi memastikan hak semua pihak dilindungi dan terjamin, sekali gus meningkatkan dinamik sistem keadilan jenayah Malaysia,” katanya.

Merujuk kepada buku karangan Baljit, Wan Junaidi berkata penerbitan edisi ke-4 itu menjadi testimoni kepada kepentingan perkara mengenai prosedur jenayah dan proses perbicaraan dalam pengurusan keadilan jenayah.

Baca artikel berkaitan: Kabinet secara prinsip setuju laporan audit LCS didedah – Wan Junaidi

Beliau berkata pengurusan keadilan jenayah boleh menjadi satu proses yang mencabar kerana ia melibatkan pelbagai mekanisme dan petugas.

“Selain itu, ia memerlukan pengimbangan yang teliti terhadap hak-hak individu di satu pihak dan perlindungan masyarakat di pihak lain. Sebagai ahli dalam soal undang-undang, adalah penting bagi kita untuk mengambil tindakan yang perlu untuk melaksanakan keadilan dan membanteras ancaman jenayah apabila ia muncul.

“Sesiapapun tidak boleh berbuat demikian tanpa terlebih dahulu memahami sejarah serta keadaan semasa undang-undang jenayah negara,” katanya.

Wan Junaidi berkata kekurangan pengetahuan mengenai undang-undang dan prosedur yang diguna pakai turut membantutkan proses perundangan.

“Justeru perlu ada penerbitan yang komprehensif yang masih mengekalkan bahasa yang mudah supaya dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat untuk memahami hak dan kewajipan mereka, skop undang-undang, dan membincangkan bagaimana ia boleh diperbaiki,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fahmi kesal tindakan Chean Chung letak jawatan dalam PKR

KETUA Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung yang...

More Articles Like This