Annuar sahkan mesyuarat Kabinet berlangsung esok

Dari Penulis

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa hari ini memaklumkan mesyuarat Kabinet akan berlangsung esok (Jumaat), dan beliau sudah pun menerima notis pemakluman mengenainya.

“Saya anggota Jemaah Menteri, ada notis untuk esok… macam biasa, mesyuarat mingguan lazimnya hari Rabu, namun sebab Parlimen bersidang maka diadakan pada hari Jumaat.

“Maka kami, menteri, akan hadir mesyuarat macam biasa, kerja berjalan terus. Ada mesyuarat (Kabinet) esok, Parlimen tak bubar lagi,” katanya pada sidang media Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata, pihaknya malah akan terus menjalankan fungsinya selepas Parlimen dibubarkan, kerana tanggungjawab menguruskan inflasi, pengawalan harga barang dan bekalan adalah urusan harian.

Baca artikel berkaitan: Sesi menghadap mesyuarat pra-Kabinet, tidak bincang pembubaran Parlimen

“Jawatankuasa ini bubar atau tak bubar, kita akan jalan terus, kita akan terus buat kerja kita. Kerajaan memang.. kalau bubar pun kerajaan tetap wujud, kerajaan walaupun biasanya dirujuk sebagai caretaker government (kerajaan sementara), kita perlu menguruskan banyak perkara.

“Sekalipun Parlimen dibubarkan… termasuk urusan inflasi… ini urusan harian, urusan harga barang, urusan bekalan… jadi kerajaan akan terus memikul tanggungjawab ini, dan jawatankuasa kita akan menjalankan tugas seperti biasa,” katanya.

Pasukan Khas yang ditubuhkan pada 29 Jun lepas itu berperanan mengumpulkan maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi, khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 26 kondominium di Penampang

SEORANG lelaki ditemukan maut berhampiran lobi sebuah kondominium dipercayai terjatuh dari tingkat 26 bangunan itu di Penampang, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This